NEWS & EVENT

PENGUMUMAN KHAS KOPERASI BARISAN USAHAWAN BERHAD

kopbaris-media-statement
14 September 2020
Pihak kami telah dimaklumkan berlakunya percanggahan maklumat yang disampaikan oleh agen yang tidak bertanggungjawab sehingga berlakunya kekeliruan dalam menyampaikan maklumat kepada orang ramai.
Difahamkan bahawa agen berkenaan telah menjanjikan jaminan yang tidak munasabah dengan menggunakan projek Koperasi iaitu Program Rumah Mampu Milik Kopbaris (PRMMK) dengan menyatakan bahawa rumah untuk projek akan siap dalam masa 6 bulan. Walaubagaimanapun, tindakan tegas telah pun diambil terhadap agen yang terlibat.
Peringatan kepada mana-mana individu ataupun agensi yang menggunakan nama Koperasi Barisan Usahawan Berhad dengan niat untuk menyebarkan maklumat yang tidak benar. Kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil sebarang tindakan undang-undang kepada individu yang terlibat.
Pihak Koperasi menafikan sekeras-kerasnya penyebaran maklumat palsu. Untuk makluman Tuan/Puan, sebarang aktivit yang berkaitan dengan projek perumahan buat masa ini masih belum dimulakan, berikutan terdapat isu-isu tertentu yang berkaitan dengan dokumentasi yang perlu diselesaikan.
Ditegaskan, bahawa pihak kami tidak membuat sebarangan penjualan RUMAH, tetapi boleh memiliki rumah melalui pelaburan syer dengan pihak Koperasi. Ini merupakan kelebihan menjadi ahli kepada Koperasi kami.
Pihak Koperasi amatlah berbesar hati sekiranya terdapat ahli-ahli di dalam Koperasi yang berminat menjadi rakan kongsi bagi sebarang projek perumahan yang akan dijalankan oleh pihak Koperasi sendiri di masa akan datang. Antara faedah dapat dimanfaatkan oleh ahli-ahli di dalam Koperasi seperti mendapatkan nasihat kewangan serta faedah dari projek-projek dijalankan oleh pihak Koperasi.
Pihak Koperasi juga menafikan sebarang khabar yang dibuat oleh mana-mana pihak mencemarkan mahupun menjatuhkan nama Koperasi. Kenyataan dikeluarkan demi menjaga nama serta imej Koperasi dan ahli anggotanya.
Kepada ahli anggota Kopbaris, sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau persoalan sila hubungi di talian 084-377 925.
Sekian, terima kasih.